utaracoder

PORTFOLIO UTARACODER / KEDAI AKTIF & KONSEP KREATIF

Lain keperluan.
Lain gayanya.

Setiap bisnes ada cerita dan gaya sendiri. Tengok kedai online yang pasukan kami dah siapkan, kemudian cuba projek konsep kami untuk dapatkan idea bagi website anda.

7DAYSTORE dan SoGoodBois ialah kedai sebenar yang pasukan kami buat. Empat projek selepas itu ialah konsep rekaan sendiri, bukan projek pelanggan.

E-DAGANG AKTIF / HASIL PASUKAN KAMI

Bukan sekadar kedai.
Ini dunia jenama anda.

Dua jenama. Masing-masing ada gaya sendiri.
Kedai sebenar hasil kerja pasukan Utaracoder.

01 / PERUNCITAN STREETWEARLAWATI KEDAI ↗

7DAYSTORE®

Gaya jalanan.
Shopping yang teratur.

7daystoremy.com
7DAYSTORE homepage with Kuala Lumpur street imagery and vivid green accents
KUALA LUMPUR, MY / KEDAI DIGITAL
PAPARAN DARIPADA LAMAN SEBENAR

PENGALAMAN

Koleksi baru, terus nampak.
Nak cari pun senang.

Website streetwear yang terus tunjuk karakter jenama. Gambar bandar dan tulisan tebal bagi mood, sementara susunan koleksi pastikan produk tetap jadi tumpuan. Pelanggan boleh cari ikut jenama, kategori atau guna filter untuk jumpa pilihan mereka.

  • Rekaan kedai editorial yang berani
  • Carian mengikut jenama & kategori
  • Susunan & penapis produk
  • Hubungan melalui WhatsApp
Terokai 7DAYSTORE
02 / FESYEN BEBASLAWATI KEDAI ↗

SOGOODBOIS

Masuk, rasa vibe-nya.
Kemudian tengok koleksinya.

sogoodbois.com
SoGoodBois cinematic homepage with a dark moving-image backdrop and store entrance
IDENTITI TERSENDIRI / PENGALAMAN E-DAGANG
PAPARAN DARIPADA LAMAN SEBENAR

PENGALAMAN

Kedai online dengan
vibe sendiri.

Sebelum tengok produk pun, pelanggan dah dapat rasa karakter SoGoodBois. Visual gelap, pembukaan sinematik dan gaya tulisan yang konsisten bawa identiti itu sampai ke halaman kedai. Nak cari produk pula, ada filter saiz, harga dan stok.

  • Pengenalan jenama sinematik
  • Susun atur koleksi tersendiri
  • Penapis saiz, harga & stok
  • Troli & akses akaun pelanggan
Terokai SoGoodBois

Produk anda ada ceritanya.
Jom bagi cerita itu tempat yang sesuai.

Jom bincang kedai online anda ↗

01 / HOSPITALITI

Senja Coffee ↗

PROJEK KONSEP
senja.THE COFFEE   THE SPACE   OUR STORY
GOOD COFFEE. NO RUSH.

Stay for
another cup.

Your favourite corner of the day.
Thoughtfully brewed, warmly shared.

Find your daily ritual ↗
Iced latte on a sunlit wooden café table
Tengok website penuh
IDEA

Baru pertama kali singgah,
dah rasa macam biasa datang.

Website kafe bukan setakat tempat letak menu. Foto yang hangat, ayat yang mesra dan ruang yang lapang bantu orang bayangkan suasananya sebelum mereka sampai.

Fokus rekaan
Suasana, penerokaan menu, lokasi
Skop kreatif
Arah seni · Reka bentuk web · Konsep penulisan
Warm café interior with communal tables

DALAM LAMAN WEB PENUH

Dari pertama kali singgah, sampai jadi tempat biasa.

Enam contoh minuman dan pastri. Filter kategori pun boleh cuba.

Lihat menu ↗
Kenapa kami pilih design ini?

Coklat espresso dan krim bagi rasa hangat macam di kafe. Tajuk serif bawa rentak santai, menu ringkas pula buat maklumat senang dicari. Untuk telefon, susunannya disesuaikan semula, bukan sekadar dikecilkan.

02 / SENI BINA & DALAMAN

Ruang Studio ↗

PROJEK KONSEP
RUANGSTUDIOSPACES   PHILOSOPHY   ENQUIRE

Space to
live differently.

Architecture shaped around
the life within it.

Contemporary tropical home with concrete, timber and lush planting
Tengok website penuh
IDEA

Biar ruang itu
cerita sendiri.

Bila hasil kerja dah kuat, design tak perlu terlalu sibuk. Tajuk besar dan foto luas beri ruang untuk projek menonjol, dengan sedikit cerita supaya orang faham idea di sebaliknya.

Fokus rekaan
Penceritaan projek, hierarki imej
Skop kreatif
Arah identiti visual · Rekaan portfolio
Tropical living room and courtyard

DALAM LAMAN WEB PENUH

Bukan gambar depan saja yang menarik.

Tengok ruang dalaman, butiran projek dan pilihan bahan. Gambar pun boleh dibesarkan.

Terokai projek ↗
Kenapa kami pilih design ini?

Warna yang ringkas bagi peluang untuk bahan, cahaya dan ruang jadi tumpuan. Susunan yang konsisten buat projek senang dilihat, sementara pilihan tulisan bagi rasa lebih mesra.

03 / PERISIAN & KEWANGAN

Ledger ↗

PROJEK KONSEP
ledgerPRODUCT   HOW IT WORKS   FOR TEAMS
LESS ADMIN. MORE CLARITY.

Your numbers.
Finally, clear.

A calmer way to see what’s coming in,
what’s going out and what’s next.

Meet your new overview ↗
Business overview ILLUSTRATIVE DATA
Cash availableRM 24,800.00
Invoices to follow up03
Next paymentRM 1,200
Tengok website penuh
IDEA

Produk rumit pun
boleh senang faham.

Orang nak tahu dulu produk ini boleh bantu apa, bukan terus baca senarai fungsi. Jadi kami tunjuk situasi yang biasa mereka hadapi, guna bahasa mudah dan bagi peluang untuk cuba paparan produk.

Fokus rekaan
Nilai tawaran, penerangan produk
Skop kreatif
Halaman pendaratan · Konsep UI · Mesej
PAPAN PEMUKA CONTOHRM 13,800

Pergerakan bersih / Bulan ini

Wang masuk RM 32,400
Wang keluar RM 18,600

DALAM LAMAN WEB PENUH

Bukan tengok saja. Boleh cuba sekali.

Cuba tukar tempoh laporan dan tengok angka contoh berubah.

Cuba papan pemuka ↗
Kenapa kami pilih design ini?

Biru gelap bagi rasa tenang, warna pudina pula tarik perhatian pada maklumat penting. Ini demo paparan, bukan aplikasi kewangan sebenar. Semua angka ialah contoh untuk tunjuk cara design ini berfungsi.

04 / KECERGASAN & GAYA HIDUP

Pulse ↗

PROJEK KONSEP
PULSE®TRAINING   THE STUDIO   START HERE
SHOW UP FOR YOURSELF.

YOUR PACE.
YOUR PLACE.
YOUR PULSE.

Less pressure to be perfect.
More reasons to keep moving.

Make your first move ↗
Tengok website penuh
IDEA

Bagi semangat.
Bukan rasa takut.

Website fitness boleh nampak berani tanpa buat orang baru rasa tak layak. Tulisan besar dipadankan dengan ayat yang menggalakkan. Fokusnya ialah mula bergerak, bukan bandingkan diri dengan orang lain.

Fokus rekaan
Semangat jenama, langkah pertama yang mesra
Skop kreatif
Arah seni · Reka bentuk laman · Konsep penulisan
Movement session in a boutique fitness studio

DALAM LAMAN WEB PENUH

Dari “macam menarik” ke “jom cuba”.

Pilih hari dalam jadual contoh dan buka butiran sesi.

Terokai jadual ↗
Kenapa kami pilih design ini?

Warna lavender dan gelap bagi rupa yang lain daripada website gim biasa. Tajuk berulang bawa tenaga, tapi langkah seterusnya tetap ringkas supaya orang baru tak rasa serabut.

BISNES ANDA PUN BOLEH TAMPIL MACAM INI.

Idea anda pula.
Jom kita mulakan.

Cerita apa yang anda buat dan apa yang anda nak capai.
Kita cari gaya yang kena dengan bisnes anda.

Jom bincang website anda ↗

LANGKAH PERTAMA WEBSITE ANDA

Cerita sikit tentang bisnes anda. Kita cari jalan sama-sama.

Kongsi apa yang anda bayangkan. Kami bantu susun skop dan sediakan sebut harga yang jelas sebelum anda buat keputusan.

Maklumat ini digunakan untuk balas pertanyaan anda. Tak perlu kongsi kata laluan atau maklumat sensitif.